Penapis Air Villaem |
Hari ni Nad nak memperkenalkan semua dengan model penapis air Coway yang paling famous di kalangan rakyat Malaysia. Inilah dia penapis air Villaem. Untuk pengetahuan korang nama Villaem ini diilhamkan oleh saintis-saintis Korea di R&D Coway di University Seoul Korea dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang dah mati. 😉
Namun apa yang penting adalah fungsi penapis air Villaem itu sendiri. Apa yang BEST sangat dengan penapis air Villaem ni?
Ajummm kita tenung-tenung dan belek-belek keistimewaan penapis air Villaem ni yerrr .😉
Penapis air Villaem bukan sekadar penapis air biasa tetapi merupakan penapis air pertama di Malaysia yang mempunyai suhu SUAM. Antara kelebihan yang ada pada penapis air Villaem ni berbanding dengan model-model lain yang setara dengannya adalah :
1. Kecanggihan rupa parasnya, dengan kapasiti 11.3 Liter iaitu hampir bersamaan dengan penapis air model Mach 11.4 Liter. Penapis air Villaem lebih slim dan lebih futuristik dan sangat menepati citarasa rakyat Malaysia.
2. Dilengkapi dengan lampu ajaib yang akan berfungsi pada waktu malam yang gelap gelita, dikala anak tiba-tiba merengek dahagakan air atau susu, terjah sahaja ke dapur, penapis air Villaem akan membantu kita mengambil air dengan lebih mudah dengan cahaya ‘MOOD LAMP’ nya, tanpa perlu kita buka lampu satu dapur.
3. Pada waktu malam pula, kita nak masuk tidur, built-in sensor yang terdapat pada penapis air Villaem dengan bijaksananya secara automatik akan menutup pemanas dan penyejuk air untuk mengurangkan atau menjimatkan penggunaan elektrik. Kalau dulu pakai water heater pot, kalau terlupa nak tutup sebelum masuk tidur silap hari bulan boleh meletup dapur di buatnya. Menakutkan betul kan...
4. Sensor beserta Indikator LED yang canggih untuk menunjukkan tahap air di dalam tangki penapis air Villaem dan juga secara automatiknya akan menutup pemanas dan penyejuk jika air berkurangan untuk tujuan keselamatan selain menjimatkan elektrik. Betul-betul bijak kan?
5. Suhu sejuk dan panas boleh di kawal bergantung pada kesesuaian masing-masing. Pendek kata kita dah ada kemudahan 4 suhu air
—> Sejuk macam ais
—> Suhu bilik
—> Suam
—> Panas berasap
Yang ada anak-anak kecil mesti suka feature canggih ni. Tersangat lah mudah dan sesuai nak buat susu tak perlu nak campur air suhu bilik dan air panas dah. Terus boleh bancuh siap siap susu anak dengan air suam. Sepantas kilat kan? Tak sempat anak nak menangis berteriak. Hahaha. Terima kasih pada pencipta penapis air Villaem yang bijaksana.
6. Indikator suhu, seperti biasa ciri ini adalah ciri paling wajib mesti ada untuk setiap penapis air Coway.
7. Tempoh masa untuk air penuh semula secara automatik lebih cepat.
Nah ni lah dia secara realnya penapis air Villaem. Cantik kan? Nad memang teruja tengok futuristik penapis air villaem yang sangat lain dari yang lain. Tip top habiskan? Cuba bayangkan betapa cun dan mengancamnya bila penapis air Villaem ni ada kat dapur rumah korang semua. Jangan jealous jangan cemburu ok bila kawan-kawan korang dah pakai penapis air Villaem. Jangan risau ada DISKAUN & FREE GIFT baik punya kalau order penapis air Villaem dengan Nad sekarang.
No comments:
Post a Comment