Thursday, February 28, 2019

Apakah itu Sistem Air Tulen-Osmosis Songsang (RO)?





Osmosis songsang (RO) adalah proses penapisan air yang menggunakan tekanan bagi menapis larutan melalui membran RO yang bersais 0.0001 Mikron untuk menapis bahan-bahan berbahaya seperti bakteria, logam berat dan sebagainya. RO merupakan teknologi penapisan yang paling bersih dan berkesan.


Kenapa Osmosis Songsang (RO) menjadi pilihan?

  1. Menapis bakteria,virus, bahan kimia terutamanya logam berat yang sukar di tapis seperti merkuri, arsenik dan plumbum untuk mengurangkan risiko kanser dan pelbagai penyakit kronik.
  2. Saiz molekul air yang lebih kecil dan memudahkan ia diserap berbanding air biasa.
  3. Air yang bersih tidak akan membebankan ginjal.
  4. Rasa air yang lebih baik dan tidak berbau.


Mitos Osmosis Songsang (RO)

Minum air osmosis songsang (RO) akan menyebabkan penyakit osteoporosis? 

Fungsi air dalam tubuh badan manusia adalah untuk menghidrat badan, mengawal suhu, melancarkan peredaran darah dan menyahtoksikkan. Oleh itu, air minuman biasa bukan cara yang berkesan untuk memperolehi mineral. Lagipun, mineral hanya boleh didapati dari sumber makanan bukan air kosong. Amalan pemakanan yang seimbang adalah cara terbaik untuk mencegah osteoporosis dan penyakit lain.
Penulen air RO membazirkan air?
“Air Sisa” yang dihasilkan oleh proses penapisan RO boleh digunakan semula. Proses penapisan air RO menghasilkan air yang bersih (air RO) dan juga air sisa yang boleh digunakan untuk mencuci baju, menyiram bunga dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment